Puas ditanya bayu yg berhembus
Apakah rindu ini dikhabarkan padamu?
Puas disapa ombak yg menderu
Apakah rindu ini disampaikan padamu?
Mahu sahaja dilontar rindu ini jauh ke kaki langit
Agar turut sama terbias dgn cahaya rembulan
Ingin sahaja dicampak rindu ini pada semilir yg bertiup
Supaya dihanyut bersama dinginnya malam
Momen-momen indah itu kian jelas di mata
Berbaur dgn ria dan duka
Kala kita sama-sama mengayam impian
Sama-sama menjaring harapan
Sama-sama mengait angan
Sungguh hati ini dikecam rindu
Rindu pada wajah tenangmu
Rindu pada lunak suaramu
Rindu pada santun budimu
Rindu pada segala guraumu
Rindu segalanya tengtangmu
Moga rindu ini terus berlagu
Mengalun irama pesona
Buat pengikat utuh jalinan persahabtan antara kita
BEST FRIENDS FOREVER |
No comments:
Post a Comment